X

Kindly register in order to view this article
!

Wujud usaha umpan habuan, ugut MP pembangkang tukar sokongan

Saifuddin Nasution Ismail
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusahakan pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama ahli Parlimen pembangkang, termasuk dari kalangan PKR.

Dakwanya, hal itu berlaku taktala kerajaan sedia ada hilang sokongan majoriti di Parlimen selain persidangan tidak dapat dijalankan ketika darurat berkuat kuasa.

“Ini sedang dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan sama ada berkait cukai pendapatan, siasatam polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau melalui tawaran projek serta jawatan dalam syarikat milik kerajaan GLC.

“Pada masa sama, jelas di mata ramai bahawa kerajaan kini sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tegas beliau, PKR mengecam langkah terdesak untuk membuatkan wakil rakyat PKR keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan.

“Ahli-ahli Parlimen PKR harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihanraya Umum ke-15 kelak,” katanya.

.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!