20 pasar tani di NS dibuka berperingkat

Asmizal (dua dari kiri) bertanya harga sayur-sayuran dijual seorang peniaga pasar tani di Taman Kemuning.
Asmizal (dua dari kiri) bertanya harga sayur-sayuran dijual seorang peniaga pasar tani di Taman Kemuning.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 20 pasar tani di Negeri Sembilan telah mula dibuka secara berperingkat sejak Jun tahun lalu bagi memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dipatuhi.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan, Asmizal Jaafar berkata, penempatan peniaga dibuat secara penggiliran dengan penjarakan satu meter antara gerai supaya keadaan tidak terlalu padat.

"Pasar tani di Taman Kemuning merupakan yang ke-20 kerana sebelum ini ada yang ditutup dan sekarang kita buka kesemuanya secara berperingkat," katanya ketika ditemui membuat lawatan di Pasar Tani Taman Kemuning di sini, pada Sabtu.

Jelas beliau, pembukaan dilakukan secara penggiliran bagi memastikan kesemua peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa untuk menjana pendapatan.

Menurutnya, pendapatan peniaga pasar tani di negeri ini juga tidak terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan FAMA sentiasa membantu aktiviti promosi dan pemasaran.

"Jualan sayur-sayuran dan buah-buahan petani di bawah FAMA juga tiada masalah kerana permintaan sentiasa ada," katanya.

Sementara itu katanya, bagi meningkatkan imej pasar tani, sebanyak empat pasar tani akan dinaik taraf tahun ini.

Artikel Berkaitan: