X

Kindly register in order to view this article
!

Habib Jewels bantu Zoo Negara

Dari kiri: Francisca, Mirsham, Rosly, Dr Linda, Zarida dan Meer Habib pada program serahan sumbangan cek kepada Zoo Negara di ibu pejabat Habib Jewels, Ampang pada 19 Februari lalu.
A
A

SHAH ALAM - Habib Jewels menyerahkan sumbangan keseluruhan bernilai RM100,000 kepada Zoo Negara bagi membantu zoo berkenaan.

Habib Jewels dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan kepada Zoo Negara, selain menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap satu entiti tempatan dan mendorong orang ramai turut serta membantu kelangsungan zoo untuk terus beroperasi.

Menurut Habib Jewels, sebagai jenama barangan kemas tempatan, pihaknya memperkenalkan wafer emas 24 karat (emas 999) edisi terhad yang direka khas untuk Zoo Negara sempena kolaboratif kempen ‘HABIB For Zoo Negara’.

“Wafer emas ini bermotifkan enam haiwan ikonik Zoo Negara iaitu kancil, burung enggang, gajah, harimau, panda dan orang utan yang bertujuan untuk mempromosikan Zoo Negara kepada orang ramai menerusi pelaburan sambil menderma.

“Pembelian wafer emas juga dapat memberikan pendedahan awal kepada anak kecil untuk menabung dan mendidik generasi muda mengenai emas dan nilainya.

“Kami berharap ia juga dapat melahirkan rasa cinta dan memupuk rasa sayang mereka terhadap haiwan,” menurut kenyataan tersebut.

Habib Jewels berkata, kecenderungan terhadap emas meningkat dengan ketara sekali dan penjualan wafer emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Wafer emas edisi terhad ini adalah tawaran yang tepat untuk pelanggan yang ingin memiliki emas sebagai simpanan selain menderma.

“Setiap pembelian wafer emas edisi terhad, sebahagian kutipannya akan disumbangkan kepada Zoo Negara.

“Penjualan wafer emas ini dapat membantu mempromosikan Zoo Negara dan menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi zoo berkenaan,” katanya.

Menurut Habib Jewels, pihaknya akan terus mempromosikan penjualan wafer emas berkenaan di semua 28 cawangannya di seluruh Malaysia melalui pelbagai platform pemasaran.

“Sumbangan yang diberikan orang ramai melalui pembelian wafer emas ini dapat membantu haiwan dan Zoo Negara agar terus terpelihara dan terbela,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, anak kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, Mirsham telah menyampaikan cek kepada Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly Ahmat di ibu pejabat Habib Jewels, Ampang.

Hadir sama, Meer Habib; Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Seri Zarida Noordin dan Ratu Cantik Miss Universe Malaysia 2021, Francisca Luhong.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!