Ahli Parlimen sertai Bersatu belum terima surat saman UMNO

Rosol (kiri), Hamzah
Rosol (kiri), Hamzah
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, yang kini menyertai Bersatu, belum menerima surat saman daripada UMNO susulan tindakannya keluar parti.

“Setakat ini belum terima. Yang lain pula, saya tidak tahu, itu kena tanya mereka," katanya ketika ditemui selepas menerima kad keahlian Bersatu yang disampaikan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli Umno Sabah bakal terima saman - Annuar

UMNO sebelum ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Parti itu dilaporkan akan menuntut bayaran balik melibatkan kos dan pihak berkenaan juga perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai saman itu.

"Buat masa ini, saya cakap tak tahu," katanya.

Rosol dan Hamzah merupakan antara enam bekas Ahli Parlimen yang mengumumkan menyertai Bersatu hari ini.

Artikel Berkaitan:

Empat yang lain ialah Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah). - Bernama