MSU siap siaga buka semula kampus, laksana proses sanitasi

Mohd Shukri (kiri) dan Norazam (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran Kempen Sanitasi Awam@Kampus MSU di Shah Alam pada Jumaat.
Mohd Shukri (kiri) dan Norazam (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran Kempen Sanitasi Awam@Kampus MSU di Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Management and Science University (MSU) mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan proses sanitasi sebagai persediaan bagi pembukaan semula kampus berkenaan.

Presidennya, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah menjalinkan kerjasama buat julung kali dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi melaksanakan proses sanitasi tersebut.

Menurutnya, MSU sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan pihaknya berharap langkah itu dapat memberi keyakinan kepada penuntut IPT berkenaan untuk mengikuti semula pengajian secara bersemuka di kampus.

“Kita memberi komitmen penuh bagi memastikan keselamatan penuntut di sini.

“Pembelajaran secara bersemuka masih penting dan kaedah ini tidak dapat digantikan sepenuhnya dengan pembelajaran secara maya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Sanitasi Awam@Kampus MSU di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju membenarkan enam kategori penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkeperluan untuk pulang ke kampus masing-masing mulai 1 Mac bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Sementara itu, Norazam berkata, MSU merupakan IPT pertama di Selangor yang menjalinkan kerjasama menyeluruh bersama JBPM bagi menjalankan proses sanitasi di premis mereka.

Artikel Berkaitan:

“Sehingga kini kita telah melaksanakan sanitasi awam di 258 lokasi secara keseluru-han di Selangor,” katanya.