Jabatan Perikanan Terengganu siasat aktiviti menuba udang galah

Udang galah yang dijumpai di tepi sungai, dipercayai kesan tuba.
Udang galah yang dijumpai di tepi sungai, dipercayai kesan tuba.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perikanan Terengganu menyiasat dakwaan berlaku kegiatan menuba udang galah di Sungai Kemaman, sebagaimana tular di media sosial Facebook.

Pengarahnya, Zawawi Ali berkata, seramai lima pegawai penguatkuasa dari Jabatan Perikanan Terengganu telah turun melawat lokasi kejadian di Sungai Kemaman.

Beliau berkata, setakat ini tiada saksi atau suspek yang dikesan berhubung kejadian itu malah tiada sebarang penangkapan dilakukan.

Antara tuntung yang mendarat di Sungai Kemaman.
Antara tuntung yang mendarat di Sungai Kemaman.

“Walaupun tiada saksi atau suspek dikesan, pihak penguatkuasa telah mengambil maklum kes terbabit dan akan memantau lokasi sekitar Sungai Kemaman dengan lebih ketat.

“Kita juga akan melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Zawawi berkata lagi, kejadian menuba udang di Sungai Kemaman pertama kali dilaporkan kepada pihak jabatan.

“Aduan mengenai kegiatan menuba udang ini pertama kali diterima kerana belum ada kes begini dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: