Maqis rampas 18,000 kilogram kubis panjang

Maqis Selangor merampas 18,000kg kubis panjang di Pelabuhan Klang, Selangor, pada Rabu lalu kerana dikesan mempunyai serangga perosak.
Maqis Selangor merampas 18,000kg kubis panjang di Pelabuhan Klang, Selangor, pada Rabu lalu kerana dikesan mempunyai serangga perosak.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Selangor merampas 18,000 kilogram (kg) kubis panjang dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, di sini, Rabu lalu.

Pemangku Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, kubis panjang bernilai RM44,575.54 dipercayai dibawa dari Vietnam yang mempunyai serangga perosak jenis plutella xylostella.

Menurutnya, mengimport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang mempunyai bahan perosak dan berpenyakit merupakan satu kesalahan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 2011 [Akta 728].

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tegasnya, Maqis sentiasa teliti dalam menjalankan pemeriksaan bagi keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara bebas daripada ancaman perosak.

Artikel Berkaitan: