X

Kindly register in order to view this article
!

Biarlah Dewan Rakyat bersidang

A
A

AWANG nak kalungkan penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengeluarkan titah bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang semasa tempoh darurat.

Bagaimanapun Awang tak tahulah sekiranya dalam perintah darurat ada peruntukan boleh bersidang atau perlu perisytiharan itu ditarik balik dulu.

Sebetulnya macam rakyat Malaysia yang lain Awang tak faham apa perlunya perisytiharan darurat masa ini.

Apa yang Awang risaukan ialah kerajaan sekarang bertindak tanpa pengawasan Dewan Rakyat. Tak ada siapa yang menegur salah betulnya.

Awang rasa kerajaan kena ubah strategi perangi wabak Covid-19 dan tangani ekonomi semasa.

Banyak negara lain dah tunjuk kemajuan kawal wabak ini, nampaknya kita masih ketinggalan.

Negara lain pastikan nyawa rakyat terjaga tapi tak jejaskan sangat punca pencarian rakyat. PKP mungkin bukan cara yang terbaik masa ini.

PKP yang berlarutan akan bunuh ekonomi dan masukkan pasir ke dalam periuk nasi rakyat.

Cara kita bantu industri dan syarikat juga nampaknya kurang berkesan. Jutaan rakyat akan hilang kerja.

Kalau sibuk nak bantu Mak Cik Kiah, lama kelamaan tak ada orang nak beli pisang goreng yang Mak Cik Kiah jual sebab banyak yang hilang kerja.

Vaksin sudah sampai. Awang cuma nak ingatkan vaksin bukan penyelamat. Ia hanya langkah kawalan.

Rakyat memang perlu vaksin tapi mereka juga nak cari makan dan hidup. Oleh sebab itu, mereka perlukan suara mereka di Dewan Rakyat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!