Polis tahan enam remaja tunggang basikal lajak

Sekumpulan remaja yang ditahan kerana menunggang basikal lajak di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada Jumaat.
Sekumpulan remaja yang ditahan kerana menunggang basikal lajak di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Enam remaja lelaki berusia 12 hingga 16 tahun ditahan kerana menunggang basikal lajak di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, remaja terbabit ditahan kira-kira jam 3 petang kerana menunggang basikal yang telah diubah suai, tidak mempunyai brek dan loceng.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengeluarkan 10 saman Pol 257 atas kesalahan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

"Kesemua basikal lajak telah dirampas di bawah Seksyen 112(3) APJ 1987," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohd Padzli, ibu bapa remaja terbabit telah dipanggil bagi tujuan dokumentasi selain dinasihatkan agar mengambil tahu kegiatan anak-anak ketika berada di luar rumah.

"Pemantauan kegiatan basikal lajak secara berterusan akan dijalankan bagi mengekang dan membenteras aktiviti tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: