X

Kindly register in order to view this article
!

Azlan letak jawatan Pengerusi RHB

Azlan Mohd Zainol
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Azlan Mohd Zainol meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif RHB Bank Bhd berkuat kuasa 28 Februari.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, bank itu berkata, Azlan yang menyertai lembaga pengarah RHB Bank pada 2005, juga akan meletak jawatan sebagai Pengerusi RHB Investment Bank Bhd.

Sementara itu, menerusi makluman berasingan, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mengumumkan Azlan telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif MBSB dan MBSB Bank Bhd berkuat kuasa 1 Mac 2021. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!