Hussamuddin, Mohd Parid panel Hapuskan Rantaian Rasuah

Program bual bicara Hapuskan Rantaian Rasuah yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian dan Pertubuhan IKRAM Malaysia serta YouTube TV IKRAM pada 1 Mac ini.
Program bual bicara Hapuskan Rantaian Rasuah yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian dan Pertubuhan IKRAM Malaysia serta YouTube TV IKRAM pada 1 Mac ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub akan menjadi seorang daripada panelis jemputan untuk slot Hapuskan Rantaian Rasuah yang disiarkan secara langsung pada 1 Mac ini.

Turut menjadi panelis pada program sama ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Program yang akan dihoskan oleh Amin idris itu berlangsung bermula 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari di platform Facebook Sinar Harian dan Pertubuhan IKRAM Malaysia serta YouTube TV IKRAM.

Program tersebut bakal mengupas beberapa isu berkaitan salah laku rasuah menurut perspektif kedua-dua panel jemputan.

Pada 16 Januari lalu, Hussamuddin melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan Sinar Untuk Malaysia #KarakterNilaiMoralBangsa bagi membanteras rasuah dan berjaya mendapat respons positif daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Berkaitan: