Tindakan tegas sebar berita palsu vaksin Covid-19

Ismail (dua dari kanan) mendengar taklimat semasa mengadakan lawatan di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol, Rantau Panjang pada Jumaat.
Ismail (dua dari kanan) mendengar taklimat semasa mengadakan lawatan di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol, Rantau Panjang pada Jumaat.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu berkaitan suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengenai perkara tersebut.

"Kerajaan memandang serius perkara tersebut yang disebarkan individu atau kumpulan tertentu yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dan Komander PGA Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar.

Ismail berkata, individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut akan dikenakan tindakan melalui Ordinan Darurat yang sudah menetapkan undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu bagi mengambil tindakan tegas.

Beliau berkata, bagi penguat kuasa pula, seperti biasa tindakan tegas diambil jika ada mana-mana pihak menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.

Menurutnya, ia akan diadakan secara berterusan bukan sahaja mengenai ketidakpercayaan, malah penyebaran berita palsu berhubung vaksin Covid-19.

"Isu pengambilan vaksin ini bukan sahaja melibatkan Covid-19 tetapi suntikan cacar sebelum ini turut mendapat tentangan daripada sesetengah golongan sehingga menyebabkan kadar imunisasi kanak-kanak merosot.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan dan tahap kesedaran tinggi bahayanya Covid-19," kata Ahli Parlimen Kuala Krau itu.