Vaksin Covid-19 kepada pesakit HIV: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Pesakit HIV kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan golongan itu turut akan diberikan vaksin Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan itu boleh dilaksanakan sekiranya bacaan HIV CD4 melebihi 200.

"Kalau mereka sihat, kita akan berikan vaksin kepada mereka," katanya pada sesi libat urus bersama media secara maya pada Jumaat.

Beliau berkata, situasi sama akan dilakukan terhadap pesakit kanser.

"KKM akan mengambil kira pandangan pakar yang merawat pesakit berkenaan," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, badan akan bertindak balas sekiranya imuniti seseorang berada di tahap yang rendah.

"Jika imuniti rendah dan diberikan vaksin, mereka tidak akan dapat membentuk antibodi yang mencukupi. Itu yang merisaukan," katanya

Sebelum ini, Majlis Aids Malaysia (MAM) menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan khusus yang mengutamakan mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti HIV untuk menerima vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Ia bagi memastikan wujudnya imuniti berkelompok dalam masyarakat untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.