Buruh terlepas hukuman gantung

Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang buruh daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas.
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang buruh daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang buruh pada Jumaat terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas.

Hakim, Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tang Chin Tart, 56, di akhir kes pendakwaan.

Mohd Radzi dalam penghakimannya berkata, mahkamah menolak keterangan yang dikemukakan oleh pegawai tangkapan dan penolong pegawai tangkapan kerana terdapat banyak percanggahan, selain pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Chin Tart didakwa mengedar 2,601 gram dadah jenis monoacetylmorphine dan heroin di sebuah rumah di Lebuh Sungai Pinang pada 10.15 malam, 8 Mei 2017.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Teh Li Siew manakala Chin Tart diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan V. Santhiran.

Chin Tart yang berbaju T putih dan seluar putih kelihatan gembira dengan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada peguamnya di luar mahkamah. - Bernama

Artikel Berkaitan: