KRM peroleh tajaan untuk skuad ragbi negara

Shahrul Zaman
Shahrul Zaman
A
A
A

IPOH - Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sudah memperoleh tajaan daripada beberapa syarikat korporat dan swasta untuk membantu pasukan ragbi negara 15 sepasukan menyertai Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) pada Mei depan.

Presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, sehingga kini terdapat lapan syarikat telah menyatakan kesediaan untuk menaja pasukan ragbi negara.

Menurutnya, tajaan tersebut sedikit sebanyak membantu dari segi persiapan pasukan untuk menyertai kejohanan tersebut biarpun status kejohanan tersebut masih belum dimuktamadkan.

"Alhamdulillah, dari segi 'funding' kita ada beberapa syarikat cumanya kerana keadaan ekonomi sekarang ini ada tajaan yang diberikan secara berfasa.

"Malah, ada juga pihak yang sudi menaja jurulatih dari New Zealand untuk membantu pasukan mempertingkatkan lagi mutu permainan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Pada Januari lalu, Shahrul Zaman memaklumkan bahawa KRM memerlukan sekurang-kurangnya RM2 juta bagi membolehkan pasukan ragbi negara menyertai ARC.

Kejohanan yang sepatutnya berlangsung tahun lalu itu bagaimanapun ditunda pada tahun ini disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: