Azmin wakili Malaysia Persidangan AEM ke-27

Mohamed Azmin - Foto Fail Bernama
Mohamed Azmin - Foto Fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai perwakilan Malaysia dalam mesyuarat pertama Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-27 pada 2 hingga 3 Mac.

Menurut kenyataan MITI, mesyuarat tersebut akan membincangkan Hasil Ekonomi Prioriti di bawah kepimpinan ASEAN Brunei Darussalam, pengoperasian Pelan Pembangunan AEC 2025 dan perkembangan ekonomi luar ASEAN.

Mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan cadangan yang dibuat oleh Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi Integrasi Ekonomi (HLTF-EI) kepada AEM, serta keputusan yang dibuat oleh Pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN November lalu.

“Perkembangan usaha pemulihan pasca-Covid-19 di peringkat nasional dan serantau serta tindakan pemulihan ASEAN mengenai Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACRF) turut menjadi topik perbincangan.

“Rundingan tahunan dengan Majlis Penasihat Perniagaan Berkepentingan seperti sektor swasta dalam memimpin agenda AEC,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Sementara itu, Brunei Darussalam merupakan Ketua ASEAN 2021 pada tahun ini membawakan tema 'Kita Peduli, Kita Bersedia, Kita Sejahtera'.

Tema ini menekankan pentingnya memupuk kesejahteraan orang ramai, mempersiapkan peluang dan ketidakpastian di masa hadapan, serta memakmurkan bersama sebagai wilayah bersatu.

"Sehubungan itu, Malaysia memberikan sokongan yang kuat kepada Ketua Umum Negara Brunei Darussalam dan berharap dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan semua negara anggota ASEAN dalam melaksanakan langkah-langkah pemulihan ekonomi.

Artikel Berkaitan:

“Serta meneruskan agenda integrasi ekonomi serantau seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, sambil merangka masa depan AEC pasca-2025," menurut kenyataan itu.