X

Kindly register in order to view this article
!

Harga RON95, RON97 naik lima sen, diesel kekal

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik lima sen seliter manakala diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga runcit diesel kekal bagi tempoh bermula 27 Februari sehingga 3 Mac depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM2.05 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.35 seliter.

"Harga runcit diesel kekal RM2.15 seliter," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!