JPN tetapkan kapasiti kehadiran upacara perkahwinan bukan Islam

Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Pendaftaran Negara
A
A
A

PUTRAJAYA - Kapasiti kehadiran bagi setiap upacara perkahwinan bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditetapkan sehingga 10 orang bagi semua premisnya yang terletak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

JPN menerusi kenyataannya berkata, bagi upacara perkahwinan yang dijalankan di rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam, kehadiran ditetapkan adalah 10 orang termasuk penolong pendaftar perkahwinan (PPP) di kawasan PKP.

"Bagi upacara perkahwinan, jumlah kehadiran adalah 20 orang dan 30 orang bagi kawasan yang diletakkan di bawah PKPP," katanya pada Jumaat.

Jabatan itu berkata, prosedur operasi standard (SOP) itu tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwinan di premisnya.

"Tiada majlis sosial dibenarkan di JPN sementara di rumah ibadat ia tertakluk kepada arahan atau peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Upacara perkahwinan di kawasan atau negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masih tidak dibenarkan.

"Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.mkn.gov.my atau www.jpn.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan: