X

Kindly register in order to view this article
!

Jawatankuasa khas dibentuk tangani masalah sosial mahasiswa

Kenyataan media KPT pada Jumaat.
A
A

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa ditubuhkan bagi meneliti dan menangani masalah sosial dalam kalangan mahasiswa.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman dan dianggotai beberapa kementerian serta badan bukan kerajaan (NGO), termasuk wakil pelajar daripada institusi pengajian tinggi (IPT).

“Wakil daripada kementerian dilantik bagi menganggotai jawatankuasa ini terdiri darpada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary.

“Jawatankuasa ini turut disertai wakil pelajar iaitu Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri; Yang Dipertua Universiti Kuala Lumpur, Ali Hanifah Amran dan Naib Presiden III, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman,” katanya pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, KPT amat prihatin terhadap pembentukan dan pemerkasaan sahsiah mahasiswa ke arah melahirkan individu bertanggungjawab serta prihatin terhadap ketidakseimbangan dalam pembangunan komuniti sejagat.

“KPT berharap penubuhan jawatankuasa dan jalinan kerjasama antara agensi ini dapat meningkatkan perkembangan sahsiah serta menangani permasalahan sosial mahasiswa secara holistik,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, statistik menunjukkan hampir 13,000 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berdaftar dengan aplikasi Sugarbook untuk mencari 'sugar daddy'.

Berdasarkan rekod katanya, terdapat peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran pengguna baharu aplikasi itu akibat desakan hidup sewaktu pandemik Covid- 19 masih lagi menular di seluruh dunia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!