Tiga lelaki, dua kanak-kanak sesat mendaki bukit

Seorang anggota bomba membawa kanka-kanak yang sesat untuk keluar dari kawasan bukit di Kampung Tandop, Baling pada Khamis.
Seorang anggota bomba membawa kanka-kanak yang sesat untuk keluar dari kawasan bukit di Kampung Tandop, Baling pada Khamis.
A
A
A

BALING - Tiga lelaki dan dua kanak-kanak sesat semasa melakukan aktiviti mendaki di kawasan bukit di Kampung Tandop, Baling pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 7.49 malam berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa yang berusia antara 6 hingga 36 tahun itu bagaimanapun ditemui selamat hasil pencarian yang diaktifkan oleh JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melibatkan 12 anggota.

Pasukan penyelamat membantu kumpulan mangsa yang sesat untuk keluar dari kawasan bukit di Kampung Tandop, Baling pada Khamis.
Pasukan penyelamat membantu kumpulan mangsa yang sesat untuk keluar dari kawasan bukit di Kampung Tandop, Baling pada Khamis.

"Lima mangsa yang ditemui selamat cuma seorang mangsa berusia 11 tahun mengalami kecederaan akibat kekejangan di kakinya.

"JBPM menerima maklumat mereka telah sesat di atas kawasan bukit lingkungan jarak 400 meter dari kawasan air terjun di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohamadul Ehsan berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Baling dengan menaiki ambulan EMRS dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 11.30 malam.

Artikel Berkaitan: