Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor di pejabat pos dihentikan hingga 31 Mac

Kenyataan berhubung pemberhentian perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor oleh Pos Malaysia.
Kenyataan berhubung pemberhentian perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor oleh Pos Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM – Semua urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) bagi kenderaan persendirian di semua pejabat Pos seluruh negara dihentikan buat sementara waktu bermula Selasa lepas.

Menurut kenyataan Pos Malaysia, pemberhentian khidmat itu sehingga 31 Mac ini susulan arahan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kementerian Pengangkutan telah memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bagi PKP 2.0,” katanya.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih berjalan seperti biasa.

“Pemegang lesen dibenarkan memandu kenderaan selagi mempunyai sijil insurans kenderaan yang sah sepanjang tempoh berkenaan.

“Untuk sebarang pertanyaan, layari AskPos di www.pos.com.my atau melalui halaman utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan: