X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis Johor rampas ikan cencaru sejuk beku RM113,603

Ikan cencaru sejuk beku dimuatkan dalam kontena yang cuba dibawa masuk ke dalam negara menerusi Pelabuhan Pasir Gudang pada Rabu.- Foto Ihsan Maqis Johor
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 27,000 kilogram (kg) ikan cencaru sejuk beku bernilai RM 113,603 di Pelabuhan Pasir Gudang di sini pada Rabu.

Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan anggotanya jam kira-kira jam 5 petang itu menemukan satu kontena ikan cencaru sejuk beku dipercayai cuba dibawa masuk dari Vietnam.

Katanya, dalam pemeriksaan itu kesemua barangan dagangan tersebut ditahan selepas mendapati dokumen berkenaan ikan cencaru itu tidak tepat dan tidak sepadan seperti di dalam permit import yang diikrarkan.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau dihukum penjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 11 (3) akta yang sama," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!