Tiga lelaki ditahan di bilik hotel

Dadah disyaki jenis syabu seberat kira-kira 5.27 gram yang ditemui dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada Rabu.
Dadah disyaki jenis syabu seberat kira-kira 5.27 gram yang ditemui dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada Rabu.
A
A
A

BENTONG - Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 5.27 gram di sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua suspek berusia antara 44 hingga 49 tahun itu ditahan menerusi Op Tapis.

Menurutnya, serbuan kira-kira jam 4.30 petang di bilik hotel terbabit menemui dua paket plastik lut sinar yang berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki syabu di atas meja.

"Kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan,Khamis.

Ujarnya, salah seorang suspek mengaku mendapat bekalan dadah itu dari seorang lelaki tempatan yang hanya dikenali sebagai "Thomas".

"Kita juga berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah dan jenayah di daerah ini kepada pihak polis," katanya.

Artikel Berkaitan: