X

Kindly register in order to view this article
!

Penolong pegawai Pejabat Tanah ditahan SPRM

Gambar hiasan.
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong pegawai Pejabat Tanah Daerah disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai sogokan meluluskan proses permohonan tanah pada Khamis.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor, Shah Alam kira-kira jam 3.45 petang ketika hadir memberi keterangan.

"Pada Januari lalu, suspek dipercayai meminta wang sebanyak RM20,000 daripada seorang individu bagi permohonan tanah iaitu sebanyak RM10,000 sebagai pendahuluan dan pembayaran selebihnya selepas mendapatkan kelulusan permohonan tersebut.

"Difahamkan, individu terbabit memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun bank suspek," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, selain itu suspek juga dipercayai turut meminta RM8,000 daripada individu lain bagi proses yang sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!