X

Kindly register in order to view this article
!

Perak FC perkenal logo baharu

Logo ciptaan Hafiz Ismail dipilih sebagai pemenang Pertandingan Reka Cipta Logo Perak FC. - FOTO: FB Perak TGB
A
A

LOGO Perak FC ciptaan Hafiz Ismail secara rasmi telah dipilih sebagai pemenang dalam Pertandingan Reka Cipta Logo Perak FC selepas mendapat perkenan nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, logo baharu itu merupakan cipta anak kelahiran Perak yang berasal dari Kuala Kangsar dan telah dipersembahan kepada Sultan Perak.

"Logo yang menang itu meraih hampir 10,000 undi atau 28.4 peratus daripada 35,000 pengundi yang dijalankan secara atas talian yang memilih logo ciptaan anak jati Perak yang dibesarkan di Kuala Kangsar, Hafiz Ismail.

"Kita menerima 1,500 penyertaan pada pertandingan ini dan ia ditapis oleh panel khas yang dilantik termasuk pensyarah dari UiTM. Daripada jumlah itu, 10 logo utama disenaraikan untuk undian akhir secara atas talian," katanya dalam sidang media di pejabat urusan Perak FC di Menara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Ipoh pada Khamis.

Beliau memberitahu, pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan rasmi Perak FC manakala sembilan logo lain yang terpilih ke undian akhir akan menerima hadiah sagu hati.

"Logo yang dipilih pemenang dikenalpasti mempunyai keaslian dan unik serta menepati ciri reka bentuk masa kini. Panel pemilih hanya mengenal pasti 10 logo terbaik dan pemenangnya ditentukan oleh penyokong sendiri.

"Kami tidak mengubah logo berkenaan kerana usaha menentukan pemenang dan memilih dijayakan oleh penyokong," jelasnya.

Sebelum ini, isu logo Perak FC yang dikritik hebat oleh peminat dan penyokong Perak mendapat perhatian Sultan Nazrin sehingga baginda menasihatkan agar satu pertandingan mencipta logo diadakan.

Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharu itu menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’.

Logo itu menunjukkan imej seekor seladang putih di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning dan ramai mempertikaikan rekaan itu yang dianggap tidak kreatif.

Dalam pada itu, pengeluar pakaian sukan jenama tempatan - Kaki Jersi telah diumumkan sebagai penaja pakaian rasmi Perak FC pada saingan Liga Malaysia (Liga-M).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!