X

Kindly register in order to view this article
!

Jersi JDT habis dijual kurang lima jam

Jualan jersi JDT mencatat jualan sebanyak RM 1.6 juta.- Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A

DALAM tempoh empat jam dan 30 minit, sebanyak 8,600 jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) habis terjual selepas jualan dibuka jam 11 pagi pada Khamis.

Menurut Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, jualan sebanyak RM1.6 juta direkodkan bagi jersi baharu JDT bagi musim 2021 secara dalam talian di JDT Store di laman web kelab dan Shopee.

"Dukacita dimaklumkan bahawa peruntukan untuk jualan dalam talian kami di JDT Store di laman web kelab dan Shopee telah habis dijual. Kami juga berasa gembira dapat mencatatkan penjualan sebanyak RM1.6 juta.

“Rakan kongsi kami Nike juga akan mula menjual jersi ‘home’ mulai esok tetapi memandangkan sambutan yang begitu luar biasa oleh penyokong JDT, kami menjangkakan jersi-jersi di sana juga akan habis dijual,” kata JDT dalam satu kenyataan pada Khamis.

Penjualan jersi ‘away’ edisi pemain berwarna putih yang ditanggung sebahagian harganya oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dijual secara eksklusif secara dalam talian di JDT Store.

Sambutan luar biasa peminat dan penyokong Harimau Selatan menerusi pembelian jersi JDT itu dipercayai turut dipengaruhi tindakan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menanggung sebahagian kos jualan jersi terbabit.

Menerusi kenyataan kelab itu pada Rabu, harga sebenar jersi 'away' versi pemain adalah RM429 tetapi akan dijual pada harga RM185.

"Sama dengan harga jersi di laman sendiri versi penyokong, Tunku Ismail akan menanggung lebihan kos jualan jersi di tempat lawan yang dijual," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!