Pengawal keselamatan, pekerja kilang diikat sebelum disamun

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
GOMBAK - Empat individu iaitu pengawal keselamatan dan pekerja sebuah kilang menempuh detik mencemaskan apabila diikat sebelum disamun dalam kejadian di sebuah kilang di Taman Perindustrian Selayang Baru, Selayang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian jam 5.38 pagi itu, empat mangsa berumur antara 32 tahun hingga 63 tahun telah didatangi dua lelaki bersenjata sebatang tukul besi sebelum diikat menggunakan pita pelekat lut sinar.

"Suspek kemudian menyamun dua buah telefon bimbit dan melarikan kereta jenis Hyundai Elentra milik mangsa.

"Siasatan juga mendapati, suspek cuba melarikan sebuah peti besi daripada kilang tersebut tetapi gagal," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah berjaya menangkap dua suspek di sebuah bengkel motosikal di Kampung Laksamana, Batu Caves.
Artikel Berkaitan:


"Hasil daripada soal siasat yang dijalankan, berumur antara 32 tahun hingga 63 tahun berumur antara 32 tahun hingga 63 tahun polis telah berjaya menemui kereta jenis Hyundai Elantra berwarna putih milik mangsa.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kedua suspek direman selama enam hari untuk siasatan lanjut," katanya.