X

Kindly register in order to view this article
!

Panorama kawah Jezero di planet Marikh

Gambar yang disiarkan oleh NASA pada Rabu menunjukkan keadaan di kawah Jezero, planet Marikh. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) menyiarkan satu gambar panorama yang menarik pada Rabu di tapak pendaratan kenderaan robotik Perseverance di Marikh.

Gambar itu menunjukkan pemandangan di kawah Jezero iaitu tempat kenderaan tersebut mendarat pada minggu lalu dan cenuram berdepan dengan sebuah delta sungai yang pernah wujud pada masa lalu.

Ia dirakamkan dengan menggunakan kamera yang mampu merakamkan imej dan video yang berkualiti tinggi.

Pihak NASA berkata, imej itu akan membantu para saintis untuk menilai sejarah geologi dan keadaan atmosfera di kawah tersebut.

Tambahnya, ia juga membantu para saintis untuk mengenal pasti batu dan enapan serta melakukan pemeriksaan dengan lebih teliti apabila sampel-sampel bahan-bahan tersebut dihantar ke Bumi.

Pada Isnin lalu, agensi angkasa lepas AS itu menyiarkan rakaman bunyi di Marikh iaitu bunyi deruan angin yang dirakamkan menerusi mikrofon kenderaan robotik itu.

NASA juga menyiarkan rakaman video pendaratan kenderaan robotik tersebut yang mempunyai misi untuk mencari kehidupan yang pernah wujud pada masa lampau di Marikh. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!