KPDNHEP pantau peniaga durian

Rosol (kanan) memantau durian yang dipasarkan sekitar kawasan SS2 ketika tinjauan beliau pada Khamis.
Rosol (kanan) memantau durian yang dipasarkan sekitar kawasan SS2 ketika tinjauan beliau pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau harga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Februari sehingga 22 Mac depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pelaksanaan operasi itu membabitkan pemeriksaan ke atas semua peniaga durian bagi memastikan peniaga menggunakan alat penimbang dan sukatan yang masih dalam tempoh tentusah.

Beliau berkata, selain itu, aspek pematuhan tanda harga turut dikuatkuasakan bagi menggelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

"Ops Duri 2.0 diteruskan bagi melindungi pengguna di samping meningkatkan etika peniaga pada musim durian ini.

"Selain itu, operasi berkenaan juga dapat memantau peniaga supaya mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan," katanya ketika melaksanakan lawatan pemeriksaan ke gerai durian di SS2 bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada Khamis.

Sejak pelaksanaan Ops Duri 2.0, Rosol berkata, sejumlah 311 pemeriksaan telah dilakukan dan 14 kes dikesan dengan nilai kompaun sebanyak RM2,600.

Ujar beliau, menerusi pelaksanaan Ops Duri 2.0, peniaga durian tertakluk di bawah peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP2011) dan Akta Timbang Sukat 1972 (ATS 1972).

"Sekiranya bersalah, peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Rosol juga berharap peniaga lebih jujur dan tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna khususnya pada musim durian dan pengguna perlu lebih peka selain menentukan harga sebelum membuat pembayaran.