Pemuda rakam perbuatan lelaki didakwa aniaya haiwan guna racun

Warga maya turut memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Veterinar. Paparan Twitter Daniel berhubung kejadian itu tular di laman sosial.
Warga maya turut memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Veterinar. Paparan Twitter Daniel berhubung kejadian itu tular di laman sosial.
A
A
A

KULAI - Seorang pemuda melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang lelaki yang tergamak menganiaya haiwan menggunakan kaedah semburan racun di sebuah taman perumahan di sini.

Muhammad Danial Faris Bin Hashim, 24, berkata, kejadian berlaku pada Khamis sempat dirakam sebagai bukti sebelum memuat naik di Twitter hingga tular di laman sosial.

Lebih menyedihkan, kata Danial, kucing kesayangannya turut menjadi korban akibat perbuatan zalim tersebut.

"Kucing saya mati kerana semburan racun itu, hari ini saya dapat rakam si pelakunya tetapi kali ini, lelaki tersebut menyembur burung pula.

"Saya telah menegur tindakannya namun dia tidak mengendahkannya. Kemudian saya perhatikan dia menyembur racun pada nasi yang diletakkan di lantai untuk burung makan. Perbuatannya sungguh zalim dan tidak boleh diterima akal," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Perkongsian video berdurasi 36 saat yang dimuat naik di Twitter itu menerima lebih 21,500 tontonan sejak petang Khamis.

Rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Warga maya yang prihatin telah menyalurkan kejadian itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Twitter dan pihak berkaitan meminta pengadu untuk membuat aduan menerusi e-mel pro@dvs.gov.my disertakan maklumat lengkap.

Artikel Berkaitan:

Kata @AdneyHazriey, "Buat laporan bagi orang-orang macam ini, ini namanya sudah aniaya binatang. Binatang itu tidak salah, apa sampai buat begitu sekali".

Ujar @CT_Voter pula, tindakan lelaki berkenaan sungguh melampau dan perlu segera membuat laporan kepada pihak berkuasa berserta bukti.

link video Twitter

https://twitter.com/danial_hashim/status/1364795172484096001