Exco Melaka wajib vaksin

Sulaiman (dua dari kiri) bertukar perjanjian dengan PKNM di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada Khamis.
Sulaiman (dua dari kiri) bertukar perjanjian dengan PKNM di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri mewajibkan 10 Exco negeri ini mengambil suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama bermula 2 Mac depan.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, mereka antara 11,000 petugas barisan hadapan yang akan memulakan proses suntikan vaksin fasa pertama yang dijadualkan pada Selasa ini.

Menurutnya, proses suntikan berkenaan akan dilakukan di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh dan keputusan itu telah dibuat lebih awal memandangkan wakil rakyat juga dikategorikan sebagai golongan barisan hadapan.

Katanya, pihaknya yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyusun dengan baik dan teratur bagi memastikan semua petugas mereka tidak terkecuali daripada menerima suntikan pada fasa pertama.

"Saya orang pertama yang akan divaksin 2 Mac ini dan Exco juga wajib ambil, tiada yang tak terkecuali, kalau tak ambil nanti tak jadi Exco lagi nanti akan datang," katanya.

Sulaiman berkata demikian ketika ditemui selepas menandatangani perjanjian dengan Perbadanan Kemanjuan Negeri Melaka (PKNM) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai dakwaan terdapat petugas barisan hadapan di negeri tidak dapat menerima vaksin pada fasa pertama disebabkan kuota Exco, Sulaiman menafikan perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, belaiu berkata, Melaka bakal melabur sebanyak RM1.5 bilion untuk membangunkan industri minyak dan gas di kawasan seluas 180 hektar di Umbai, Jasin.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, projek usahasama antara kerajaan negeri dan PKNM membabitkan kerja-kerja penambakan laut di perairan kawasan itu yangakan dilaksanakan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar, E-I-A, dan hidraulik dalam tempoh dua tahun.

Katanya, kerja-kerja penambakan laut itu akan mengambil dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjanjian dimeterai dan yakin projek berkenaan mampu memberi impak yang besar kepada lonjak ekonomi negeri pada masa hadapan.

"Menerusi anak syarikat PKNM, PM Mulitilink Sdn Bhd yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat AWH Marine Park Sdn Bhd, akan membangunkan projek berkaitan industri maritim di kawasan sepanjang tiga batu nautika di perairan negeri ini," katanya.