X

Kindly register in order to view this article
!

18,720 dos vaksin Covid-19 tiba di Kelantan

Ahmad (kiri) memegang kotak berisi vaksin Covid-19 bersama Dr Zaini semasa van yang membawa vaksin tersebut tiba IPK pada Khamis.
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 18,720 dos vaksin Covid-19 tiba di negeri ini tepat jam 3.30 petang pada Khamis disambut oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Bekalan vaksin tersebut yang dibawa sebuah lori milik syarikat perkhidmatan, DHL Express memulakan perjalanan dari Subang, Selangor, seawal jam 7 pagi pada Khamis.

Ketibaan vaksin melalui Program Menyambut Ketibaan Petugas Op Pelali di IPK berkenaan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Izani Hussin; Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Vaksin-vaksin tersebut akan dihantar ke empat daerah utama iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai dan Gua Musang.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau akan menjadi individu pertama untuk menerima suntikan vaksin tersebut pada 2 Mac ini.

Katanya, beliau sudah pun bersedia sepenuhnya untuk menerima suntikan tersebut yang dijadualkan berlangsung di dewan utama, Kompleks Kota Darul Naim.

"Tiada apa yang menakutkan, Insya-ALLAH kita doakan yang terbaik, tiada apa benda pun. Kalau perdana menteri, ketua pengarah kesihatan pun ambil, apa yang kita perlu takut.

"Kita harap rakyat Kelantan tidak berkecuali dan daftar lebih awal untuk menerima vaksin. Insya-ALLAH kita juga sedang mengenalpasti lokasi untuk mereka yang akan terima vaksin nanti," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!