Tujuh bekas ahli UMNO sah diterima sertai Bersatu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO diterima masuk sebagai ahli Bersatu, petang tadi.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermiyatie Samsudin.

Kesemua mereka menerima kad keahlian Bersatu yang diserahkan sendiri oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, mereka diterima menyertai Bersatu setelah mengkaji permohonan mereka selain meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan menjadi anggota biasa tanpa memegang sebarang jawatan dalam parti.

"Menjadi ahli Bersatu tidak bermakna mereka mencari perlindungan daripada parti ini.

"Kita tidak akan memberi perlindungan terhadap apa-apa yang dilakukan dahulu," katanya pada sidang media, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jawatankuasa tapis bekas ahli Umno

'Jangan kecam ahli Umno'

Artikel Berkaitan: