X

Kindly register in order to view this article
!

Keutamaan vaksin untuk pengurusan kanan hospital tidak benar

Gambar hiasan.
A
A

PUTRAJAYA - Laporan mengatakan bahawa Hospital Serdang merancang untuk memberi vaksin Covid-19 kepada pihak pengurusan kanan hospital dan pempengaruh (influencer) terlebih dahulu adalah tidak benar.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau telah mendapat pengesahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkara itu.

"Tidak betul," ciapnya di Twitter pada Khamis.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Henti sebar berita tanpa nama," katanya.

Terdahulu sebuah portal dalam talian melaporkan hospital berkenaan merancang untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada pihak pengurusan yang tiada kontak secara terus dengan pesakit dan tiga pempengaruh dalam senarai penerima pertama esok.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!