'Bangunan penginapan tidak sesuai untuk pekerja'

Gambar kiri: S Tharu. Hantaran Tan Sri Dr Noor Hisham di Facebook pada Rabu.
Gambar kiri: S Tharu. Hantaran Tan Sri Dr Noor Hisham di Facebook pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan dalam proses melengkapkan kertas siasatan terhadap sebuah kilang di Sungai Gadut yang didapati tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) ditetapkan.

Pengarahnya, S Tharu Marajan berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan lawatan di asrama penginapan kilang tersebut pada 9 Februari lalu dan mendapati lima blok asrama penginapan kilang itu tidak mempunyai perakuan penginapan JTK mengikut Seksyen 24D Akta 446.

"Kita juga dapati bangunan penginapan yang disediakan untuk 1,500 pekerja asing kilang itu tidak sesuai dijadikan tempat kediaman mengikut Seksyen 24 H akta yang sama.

"Selain itu kita juga dapati kemudahan dan kepadatan di asrama itu tidak sesuai serta tidak mematuhi ruang tidur untuk pekerja, " katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan dalam proses untuk melengkapkan laporan sebelum dibawa kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut.

Kluster Industri Sungai Gadut di Seremban, melaporkan sebanyak 1,338 kes menjadikannya kluster yang mencatatkan jangkitan kes harian baharu Covid-19 tertinggi.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, kluster itu melibatkan sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut KM 11, Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: