X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Noor Hisham tidak alami gejala selepas sehari disuntik vaksin Covid-19

Dr Noor Hisham menunjukkan isyarat bagus selepas sehari menerima suntikan vaksin Covid-19.
A
A

PUTRAJAYA - Selepas lebih 24 jam menerima suntikan Comirnaty, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa beliau tidak mengalami sebarang gejala.

Menerusi Facebooknya, beliau berkata, saiz jarum suntikan yang digunakan halus manakala larutan vaksin hanya 0.3 milimeter (ml).

"Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini.

"Tiada gejala demam atau rasa sakit di tempat suntikan," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menyeru orang ramai segera mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

"Vaksin memberi pelindungan diri dan pelindungan imuniti kelompok. Lindungi diri, lindungi semua," katanya.

Dr Noor Hisham turut memuat naik beberapa keping gambar antaranya memaparkan temu janji dos kedua pada 17 Mac depan.

Terdahulu, Dr Noor Hisham menerima suntikan Comirnaty selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin individu pertama terima vaksin Covid-19 di Malaysia


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!