X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

'Hampir RM1,000 duit rosak, koyak'

Paparan Facebook Noorly tular di laman sosial.
A
A

LUMUT - Gara-gara menyimpan wang kertas bersama duit syiling di dalam tin mengakibatkan seorang wanita mengalami kerugian hampir RM1,000 apabila wang berkenaan rosak teruk termasuk koyak, kotor dan menghakis secara kekal.

Noorly Mohd Noor, 43, berkata, wang yang disimpan beberapa tahun itu merupakan milik rakannya, Roslina Masdar, 43, yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya.

Selepas itu, kata Noorly dia berkongsi kejadian itu di Facebook pada Selasa sebelum tular di laman sosial.

Bekas pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berkata, sebanyak RM200 sahaja yang masih elok namun selebihnya lebur begitu sahaja.

Duit syiling milik Roslina kotor, berkarat dan hitam selepas dikeluarkan dari tabungnya.
Duit syiling milik Roslina kotor, berkarat dan hitam selepas dikeluarkan dari tabungnya.

"Hampir RM1,000 duit rosak, not RM100, RM50, RM20, RM10, RM1 mereput, warna juga berubah. Separuh daripada duit syiling turut bertukar menjadi hitam. Saya difahamkan hanya RM200 yang berjaya diselamatkan, itu pun duit yang baru dimasukkan ke dalam tabung pada bulan lalu.

"Roslina memberitahu, dia tidak terfikir untuk memeriksa tabung tersebut kerana disimpan di dalam almari. Hanya tergerak hati untuk mengambil tin berkenaan kerana mahu menambah duit dalam tabung tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Susulan kejadian itu, Noorly menasihatkan orang ramai supaya tidak menyimpan wang kertas bersama syiling di dalam satu bekas bagi mengelakkan kejadian sama.

Noorly juga memberitahu, bagaimanapun wang tersebut boleh ditukar di mana-mana cawangan bank setelah warga maya memberi nasihat sedemikian.

Paparan tangkap layar perbualan antara Noorly dan Roslina.
Paparan tangkap layar perbualan antara Noorly dan Roslina.

"Duit ini boleh tukar di bank tetapi kawan saya belum sempat berbuat begitu kerana bekerja.

"Terima kasih kepada mereka yang berkongsi dan maklumkan perkara ini. Ramai juga komen yang memaklumkan kemungkinan ada antara duit dimasukkan ke dalam tabung itu basah atau lembab mengakibatkan tin berkarat dan duit mereput," katanya.

Dalam pada itu, Noorly berharap semua urusan rakannya dipermudahkan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!