Feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini

Perkhidmatan feri melalui terminal penumpang Kuala Perlis ke Langkawi akan beroperasi semula pada Sabtu ini.
Perkhidmatan feri melalui terminal penumpang Kuala Perlis ke Langkawi akan beroperasi semula pada Sabtu ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Perkhidmatan feri melalui terminal penumpang Kuala Perlis ke Langkawi akan beroperasi semula pada Sabtu ini, dengan hanya satu perjalanan pergi dan balik disediakan.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.

“Pembukaan semula terminal penumpang Kuala Perlis itu adalah bagi memenuhi permintaan semasa daripada para penumpang yang hendak ke pulau berkenaan.

“Bagi terminal penumpang Kuala Kedah pula, kita akan menambah satu lagi perjalanan ke Langkawi yang menjadikan sebanyak dua perjalanan disediakan sehari. Masa perjalanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Sementara itu, Baharin berkata, pihaknya berharap agar larangan rentas negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan semula bagi membolehkan lebih banyak perjalanan feri disediakan.

“Sebelum ini, sebanyak 10 perjalanan feri sehari disediakan dari Kuala Perlis manakala lapan perjalanan dari Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Penambahan perjalanan feri ini diharap dapat membantu industri pelancongan serta membuka kembali peluang pekerjaan di pulau itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. - Bernama

Artikel Berkaitan: