Izzue tak jalan dengan perempuan lain

Pelakon, Izzue Islam
Pelakon, Izzue Islam
A
A
A

PENYANYI, Izzue Islam, 28, menjelaskan kenapa isterinya, Awin selalu sahaja berada di sampingnya.

Mohammad Izzul Islam Mazlan atau lebih dikenali Izzue Islam, berkata, untuk mengelakkan fitnah dikemudian hari sebaiknya dia sediakan payung sebelum hujan.

"Biarlah orang bercakap oh Izzue kena kongkong dengan Awin ataupun tak boleh apa-apa sebab isteri ada di sisi.

"Daripada masyarakat bercakap Awin tak ada, Izzue menggatal dengan perempuan.

"Mata orang... walhal saya ini tengah shooting. Yang melihat daripada jauh tak tahu hal sebenar.

"Maka daripada terjadi biarlah saya bawa Awin ke mana sahaja. Kalau orang nampak saya berjalan dengan perempuan lain, dan Awin ada, orang tahu saya tengah shooting," ujarnya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan karier, Izzue yang ditemui ketika sesi photo shoot bersama Sinar Harian hari ini berkata, dia baru sahaja habis menjalani penggambaran telefilem Resort Berhantu.

Selain itu, pelakon Aliff Dalam 7 Dimensi sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Kau terbitan Mixology Music.

Artikel Berkaitan: