X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Biden batalkan arahan Trump sekat beberapa visa

Joe Biden
A
A

WASHINGTON - Presiden Joe Biden membatalkan perintah eksekutif bekas Presiden Donald Trump yang menggantung beberapa visa semasa pandemik Covid-19, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Penangguhan mengenai sekatan kemasukan dinyatakan dalam Proklamasi 10014... tidak membawa kemajuan kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS).

"Sebaliknya, merugikan termasuk menghalang anggota keluarga tertentu warga Amerika dan penduduk tetap yang sah untuk bersatu dengan keluarga mereka di sini," kata Biden pada Rabu.

Pada Jun 2020, Trump menandatangani proklamasi yang menangguhkan beberapa kategori visa kerja bukan imigran sebagai sebahagian usaha menghidupkan kembali ekonomi AS di tengah pandemik Covid-19.

Ia termasuk visa H-1B untuk bekerja di industri berteknologi tinggi dan pelbagai sektor lain bagi pekerja berkemahiran rendah, pelatih, guru dan pertukaran syarikat.

Sejak memegang jawatan, Biden telah membatalkan banyak langkah sekatan yang merupakan sebahagian dasar toleransi sifar Trump terhadap pendatang. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!