Polis Bentong tahan lapan 'keldai akaun'

Seramai lapan individu disyaki 'keldai akaun' ditahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh scammer. - Foto kecil: Zaiham Mohd Kahar
Seramai lapan individu disyaki 'keldai akaun' ditahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh scammer. - Foto kecil: Zaiham Mohd Kahar
A
A
A

BENTONG - Seramai lapan individu disyaki 'keldai akaun' ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada Selasa kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh scammer.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun termasuk tiga wanita itu ditahan di Perak, Kedah serta Pulau Pinang dan direman tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Individu berkenaan dipercayai membenarkan akaun bank mereka digunakan sindiket penipuan untuk mendapatkan imbuhan secara mudah.

"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menjaga akaun bank masing-masing dan tidak sewenang-wenangnya menyerahkan kad bank serta nombor akaun kepada pihak ketiga bagi mengelak maklumat itu disalahgunakan," kata beliau.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat semakan nombor akaun keldai akaun melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebagai langkah pencegahan dan mengelak menjadi mangsa penipuan.

Artikel Berkaitan: