X

Kindly register in order to view this article
!

Ghana, negara miskin pertama terima vaksin Covid-19 percuma

Kotak-kotak yang mengandungi Covid-19 dipindahkan dari sebuah pesawat Emirates oleh beberapa pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka, Accra pada Rabu. - Foto AFP
A
A

ACCRA - Ghana pada Rabu menjadi negara pertama yang menerima 600,000 dos vaksin dari Covax iaitu pusat pengedaran vaksin Covid-19 yang diketuai oleh Perikatan Global Untuk Vaksin dan Imunisasi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara percuma.

Covax yang dilancarkan pada April tahun lalu merancang untuk menghantar dua bilion dos vaksin bagi membendung penularan Covid-19 menjelang akhir tahun ini.

Ia ditubuhkan bagi mengedarkan vaksin tersebut secara percuma kepada negara-negara miskin di dunia.

"Fasa pertama dalam memerangi penyakit (Covid-19) boleh dimulakan bagi meningkatkan kempen imunisasi terbesar dalam sejarah," kata Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.

"Akhirnya (vaksin percuma dari Covax digunakan)," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi Twitter.

Beliau sebelum ini turut menyokong inisiatif Covax yang mengedarkan vaksin Covid-19 secara percuma kepada negara-negara miskin.

"Hari untuk meraikan (kejayaan penggunaan vaksin sumbangan Covax) tetapi ia hanya langkah pertama," ujarnya.

Ia menggunakan formula vaksin buatan syarikat ubat-ubatan dari Britain dan Sweden iaitu AstraZeneca dengan kerjasama Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

Vaksin itu menggunakan lesen pengeluar vaksin terbesar di dunia iaitu Institut Serum India.

Satu delegasi yang diketuai Menteri Kesihatan Ghana, Kwaku Agyeman Manum menerima vaksin tersebut yang dihantar menerusi sebuah pesawat syarikat penerbangan Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka, Accra.

Pihak berkuasa ubat-ubatan dan makanan Ghana sebelum ini telah meluluskan penggunaan vaksin yang dibuat di Institut Serum India itu termasuk Sputnik V.

Negara Afrika Barat itu mencatatkan sebanyak 80,759 kes dan 582 kematian ekoran Covid-19. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!