Media massa main peranan penyebaran bahan lawak

Mustafar Mohd Suki
Mustafar Mohd Suki
A
A
A

SHAH ALAM - Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran sesuatu bahan seperti lawak.

Menurut Pengasas Tadbir Insan Training dan Consultancy, Mustafar Mohd Suki, jika media memaparkan sesuatu perkara yang baik, maka proses kehidupan dalam rumah tangga itu adalah baik.

“Apa yang saya lihat media pada hari ini, mereka tidak mahu mengharamkan atau melarang pelawak memberikan lawak yang merosakkan masyarakat.

“Asalkan boleh jual dan boleh laku,” katanya pada Wacana al-Quran Siri ke-93 bertajuk Norma Lawak Lucah: Mana Harga Diri? yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu.

Dari kiri, Fazrul, Mohd Fadhli, Mustafar dan Ahmad Tirmizi pada Wacana Al-Quran Siri ke-93 bertajuk Norma Lawak Lucah: Mana Harga Diri? yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu.
Dari kiri, Fazrul, Mohd Fadhli, Mustafar dan Ahmad Tirmizi pada Wacana Al-Quran Siri ke-93 bertajuk Norma Lawak Lucah: Mana Harga Diri? yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu.

Program itu turut menampilkan Sekretariat Bimbingan Fitrah Insani, Mohd Fadhli Othman; Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail selaku moderator dan Qari My #Qurantime, Ahmad Tirmizi Ali yang memperdengarkan bacaan surah Al-Nur ayat 19-21 dan surah Al-Ahzab ayat 70-71.

Mustafar berkata, perkara itu perlu difahami oleh orang ramai kerana ia akan memberikan impak kepada anak-anak terutama pada musim Perintah dan Kawalan Pergerakan (PKP) ini anak-anak akan lebih menonton televisyen,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa media massa mengharmonikan lawak-lawak yang boleh memberikan kebaikan, ketenangan dan menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mustafar turut mempersoalkan bahawa tidak ada penguatkuasaan dari segi penyebaran lawak lucah walaupun aktanya telah ada.

“Sebagai contoh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan satu Akta 588 Seksyen 211 bahawa sesiapa yang menyebar dan memaparkan bahan lucah akan dikenakan tindakan.

“Akan tetapi, sejauh manakah penguatkuasaan itu?” Soalnya.