X

Kindly register in order to view this article
!

Nekad redah banjir demi PS5

Wasa nekad redah banjir demi PS5 untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya. - Foto: Tribunnews
A
A

TANGERANG - Tindakan seorang YouTuber yang sanggup meredah banjir demi memiliki permainan video Playstation 5 (PS5) untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya di Ciledug, Tangerang, Jawa Indonesia mendapat perhatian warga maya.

Menerusi laporan Tribunnews pada Khamis, Aditya Wasa Wirman atau lebih dikenali Wasa berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu setelah kawasan perumahannya di Ciledug dilanda banjir teruk.

"Pada Sabtu lalu, hujan berpanjangan hingga menenggelamkan beberapa jalan menuju ke pusat beli belah Gandaria City. Saya sudah menempah dan perlu mengambil PS5 pada hari berkenaan.

"Jadi terpaksa redah banjir walaupun kawasan itu dinaiki air hingga paras betis," katanya.

Wasa juga tidak menyangka perkongsian gambar dan video meredah banjir sambil membawa PS5 di Instagram miliknya tular di laman sosial sehingga kini.

"Saya mahu mengembirakan anak perempuan saya. Dia sudah lama menanti PS5 ini. Lagipun harganya tidak mahal iaitu Rp8.8 juta (RM2,523) sahaja.

"Saya pasti dengan harga sedemikian, pasti sanggup redah banjir untuk mendapatkan PS5 idaman mereka," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!