PN sedia bentuk struktur peringkat negeri

Mohamed Azmin berkongsi foto mesyuarat tersebut yang dihadiri semua pengarah pilihan raya parti dalam PN di Twitter pada Khamis.
Mohamed Azmin berkongsi foto mesyuarat tersebut yang dihadiri semua pengarah pilihan raya parti dalam PN di Twitter pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mengadakan Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PN di Putrajaya pada malam Rabu dengan kehadiran semua pengarah pilihan raya parti dalam gabungan itu.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mesyuarat tersebut menetapkan untuk memperkukuh kerjasama utuh melalui gerak kerja pilihan raya demi menjana dukungan rakyat.

Menurutnya, struktur pilihan raya di peringkat negeri akan segera dibentuk dengan menampilkan citra PN yang mendakap prinsip kepelbagaian dan keharmonian.

Mohamed Azmin berkongsi foto mesyuarat tersebut yang dihadiri semua pengarah pilihan raya parti dalam PN di Twitter pada Khamis.
Mohamed Azmin berkongsi foto mesyuarat tersebut yang dihadiri semua pengarah pilihan raya parti dalam PN di Twitter pada Khamis.

“Mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional di Putrajaya, malam tadi (Rabu).

“Mesyuarat berlangsung dengan kehadiran semua pengarah pilihan raya parti-parti anggota PN; Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),” katanya di laman Twitter pada Khamis.

Pada 9 November lepas, Majlis Tertinggi PN bersetuju sebulat suara melantik Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.

Selain itu, Badan Perhubungan Negeri PN akan ditubuhkan bagi menyelaras aktiviti parti dan memperkasakan gerak kerja di peringkat akar umbi secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan: