Krishnamoorty tarik balik tuduhan terhadap Datuk Fu Ah Kiow

Fu Ah Kiow
Fu Ah Kiow
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wartawan bebas, Krishnamoorthy menarik balik tuduhan terhadap Pengerusi The Star Media Group, Datuk Fu Ah Kiow dan telah meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan.

Menurut laporan portal The Star, Ah Kiow berkata, Krishnamoorthy telah mengeluarkan surat kepada badan-badan tersebut dan secara peribadi pada 23 Februari untuk menarik balik tuduhannya dan meminta maaf.

“Oleh itu, saya telah menarik tindakan undang-undang terhadapnya kerana masalah itu telah diselesaikan." katanya pada Rabu.

Sebelum itu, satu tindakan undang-undang telah dibawa oleh Ah Kiow terhadap Krishnamoorthy berkaitan dengan surat-surat wartawan bebas yang dihantar kepada organisasi-organisasi berkenaan.

Surat berkenaan dikeluarkan kepada Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti pada 1 Jun 2020.

Artikel Berkaitan: