X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu tidak pandang rendah pada UMNO

Fairuz Renddan
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Fairuz Renddan menjelaskan pimpinan tertinggi Bersatu sama ada di peringkat pusat atau negeri tidak pernah memandang rendah kewibawaan parti lain, terutama UMNO.

Katanya, penyatuan yang dicapai khasnya selepas pertukaran pentadbiran kerajaan Pusat tahun lalu adalah bukti bahawa Bersatu mempercayai dan yakin dengan UMNO sebagai sebuah parti 'senior'.

"Kita tidak pernah berniat atau membuat penilaian pada parti lain, apatah lagi UMNO. Kerana di Sabah, UMNO adalah rakan kita yang bersama-sama dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Sudah pasti kita bekerjasama membentuk kerajaan bersama kerana kita juga hormat dan yakin dengan kredibiliti pemimpin-pemimpin dalam parti UMNO," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan itu lagi, segala isu berbangkit khasnya yang berbaur negatif yang mampu menggugat penyatuan GRS adalah satu unsur negatif yang memalukan dan diibaratkan sebagai 'bodoh sombong'.

"Kita jalinkan kerjasama bersama dan tidak mungkin untuk kita cuba mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan isu yang pasti memburukkan jalinan kerjasama kita dalam GRS.

"Jika ada pemimpin daripada Bersatu yang menilai UMNO dengan penilaian negatif atau tidak sepatutnya dan tidak memikirkan kesan jangka masa panjang kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan UMNO masa kini, pastinya itu adalah pandangan peribadi mereka sendiri dan sama sekali bukan pendirian dalam Bersatu," katanya.

Terdahulu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!