X

Kindly register in order to view this article
!

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah

Chandra Muzaffar
A
A

KUALA LUMPUR - Kejayaan utama bagi sebuah negara bebas rasuah ialah keazaman rakyat untuk menghapuskan gejala rasuah dalam kalangan masyarakat, kata Presidenn International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar.

Beliau berkata, perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain, bagaimanapun, ujian sebenar bermula apabila pemimpin memilih untuk melakukan apa yang betul walaupun ia menjejaskan kepentingan mereka sendiri.

“Jika pilihan raya berubah, undang-undang dan fahaman tidak membawa kepada masyarakat yang bebas rasuah, tidak bolehkah seseorang berpaling kepada rakyat, minta mereka lakukan apa yang boleh untuk membawa masyarakat dengan komitmen lebih kuat, kepada sesuatu yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya bertajuk ‘A People’s Campaign Against Corruption’ yang diterbitkan dalam seksyen Bernama Thoughts menerusi portal berita Bernama pada Rabu.

Justeru, Chandra berkata, semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen desentralisasi seperti Gerakan Sinar Rasuah Busters (Rasuah Busters), yang matlamat utamanya adalah bukan sahaja menghapuskan rasuah tetapi juga mewujudkan masyarakat yang benar-benar beretika dan bermoral.

Malah, katanya ini adalah kali pertama inisiatif sedemikian dilakukan rakyat, walaupun sebelum ini, ada badan bukan kerajaan (NGO) khusus yang menyasarkan aspek rasuah atau pelanggaran tertentu.

“Kempen ini adalah respons kepada persepsi bahawa rasuah telah merebak dalam masyarakat. Ia menekankan kesan jenayah ini terhadap rakyat dan mengapa mereka perlu memeranginya demi kebaikan dan masa hadapan negara,” katanya.

Rasuah Busters yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai isu rasuah dan ia akan berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara dan nilai kejujuran dan integriti bersama yang terkandung dalam semua ajaran agama. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!