Jika BN menang, lebih luar biasa

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KOTA BHARU – Jika BN mampu merampas kerusi DUN Semenyih, ia bakal menjadi kejayaan besar kepada parti pembangkang.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana pembangkang sukar untuk memecahkan tradisi, PRK dimenangi oleh parti bukan pemerintah.

Berbeza dengan PRK Cameron Highlands katanya, keputusan berpihak kepada calon BN atas beberapa faktor, malah ia menjadi kemenangan luar biasa buat parti pembangkang.

“Kalaulah BN mampu ulang semula kejayaan itu di PRK DUN Semenyih, ia mungkin jadi lebih dramatik.

“Ini kerana, sudah menjadi kelaziman undi majoriti di mana-mana PRK akan berpihak kepada parti pemerintah, terutama DUN itu disandang oleh calon PH ketika PRU14 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian, selepas Majlis Perasmian pembukaan Al-Khatiri Kofee yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kubang Kerian.

Ahli Parlimen Kota Bharu ini berkata, sekiranya kemenangan menyebelahi pembangkang, beliau tidak menolak kerjasama Pas-UMNO akan berlanjutan sehingga ke PRU15.

Artikel Berkaitan: