Utamakan guru, kakitangan sekolah terima vaksin

Maszlee
Maszlee
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempersoalkan keutamaan vaksin Covid-19 tidak diberikan kepada guru dan kakitangan sekolah sepertimana yang dilakukan oleh Indonesia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, pihak pembangkang menekankan perkara berkenaan berikutan sekolah akan dibuka semula pada 1 Mac.

“Utamakan para guru dan kakitangan sekolah untuk menerima vaksin.

“Inilah yang kami ahli pembangkang minta. Minggu hadapan sekolah akan dibuka!

“Jika Indonesia boleh memberikan keutamaan kepada para pendidik untuk menerima vaksin, mengapa tidak Malaysia?” soalnya melalui ciapan di Twitter pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) perlu buat keputusan terancang dengan memikirkan kesan kepada rakyat.

Selain itu katanya, KPM perlu rujuk cadangan JawatanKuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) pada 20 Febuari berkenaan isu sama.

Artikel Berkaitan:

“KPM perlu beri kelonggaran untuk anak-anak berpakaian bebas (sekurang-kurangnya tahun ini).

“Kukuhkan sistem pembelajaran berasaskan teknologi,” katanya.

Pada Sabtu, Jawatankuasa Pendidikan PH menggesa KPM untuk lebih teliti berikutan keputusan mengejut pembukaan semula sesi persekolahan pada Mac.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kekalutan pengumuman tanpa alasan yang diberikan telah menimbulkan seribu satu persoalan dalam kalangan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: PH gesa KPM teliti keputusan buka sekolah